apa yang perlu tahu sebelum mendaftar masuk ke ipts.....?apa beza ipts dengan ipta....? berdasarkan pengalaman saya yang pernah belajar di ipta & ipts antaranya yuran,culture,kemudahan,disiplin dll...tetapi yang paling jelas dan ketara adalah yuran a.k.a duit..So pemilihan kualiti ipts dan market kerja perlu dititik beratkan..
Tips memilih ipts dan perkara yang perlu anda tahu:
PILIH KURSUS
Pemilihan kursus yang betul mempengaruhi bidang kerja dan masa depan kita oleh itu, buatlah servey dan research secara menyeluruh, tanya kawan dan tengok market atau pasaran kerja sekarang .Banyak kursus yang bagus disediakan di kolej tetapi xde di ipta.satu lg jangan terlampau terpengaruh dengan iklan dan jangan terburu-buru.
PILIH IPTS/KOLEJ
Selepas kursus yang hendak diambil dikenalpasti kemudian senaraikan seberapa banyak ipts yang menyediakan kursus yang anda pilih.kemudian semak kolej tersebut dengan MQA.click
senarai kolej untuk rujukan.
*kolej/ipts yang dipilih
hendaklah berdaftar dan diiktiraf oleh MQA.
ini amat penting dan wajib anda tahu kerana tanpa kelulusan dari MQA sijil yang kita ambil di kolej tersebut tidak laku.maknanya sia-sia je belajar..duit dah banyak habis,rugi masa dan umur plak tuh..
untuk menyemak ipts dan kursus diiktiraf ke tak click
MQA di laman mqa jugak anda boleh membandingkan kolej-kolej pilihan anda.
BUAT KEPUTUSAN
selepas semua dah buat,yakin dan dah fikir masak-masak..berani buat keputusan untuk diri sendiri.tewas sekali tak bermakna tewas selama-lamanya.Umur hanyalah angka semata-mata yang penting hati nk belajar lg...
anda suka??